Selamat Datang(ًاَهْلاً وَسَهْلا) ke mazfsk.blogspot.com

Wednesday, 6 August 2014

Lelaki Idamanku

Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu

Lelaki idamankuadalah yang sentiasa menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalanga

Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idamanku ialah yang bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qurandan mencontohi sifat Rasulullah S.A.W
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari melihat maksiat
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idamanku tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya dengan kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan