INTERAKSI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
1.0 Pengenalan
Kemajuan teknologi maklumat pada
hari ini telah memberi banyak kebaikan terutama dalam bidang pendidikan. Tugasan
ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah rendah SK U3, Shah Alam Selangor. Kajian ini meliputi tahap penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan teknologi
maklumat. Berdasarkan kajian kajain
lepas , saya mendapati terdapat penggunaan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, dan penggunaannya berlaku secara sederhana dari
segi kekerapan penggunaan, penggunaan dalam setiap mata pelajaran dan
penggunaan peralatan teknologi seperti perakam video, slaid projector, radio
atau kaset audio. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya
dalam meningkatkan kefahaman, pencapaian ,kreativiti pelajar dan minat pelajar
terhadap bidang teknologi maklumat,
kecuali bagi penggunaan audio dan animasi yang mudah melencong tumpuan pelajar.
Persepsi pelajar didapati menyokong penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Masalah adalah melibatkan kerosakan peralatan dan
talian internet. Manakala kemudahan prasarana adalah mencukupi dan guru-guru
adalah pakar dan terlatih dalam pengendalian teknologi maklumat.
1.2 Definisi dan konsep
1.2.1 Teknologi
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology
berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē),
yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang
bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai
samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan,
teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya
berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan
proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang
kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita
berubah.
Takrifan teknologi
yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di
Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains
yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam
kehidupan seharian.
1.2.2 Pengajaran
Pengajaran ialah sesuatu
tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran
ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar,
demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
1.2.3
Pembelajaran
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau
kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan
tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational
Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman
yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau
sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
2.0 Pembelajaran Aktif Melalui Pengunaan
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Information Communication Technology (ICT) iaitu Teknologi Maklumat
dan Komunikasi telah menjadi satu komponen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam sistem pendidikan negara kita. ICT adalah satu
pemacu atau pemangkin dalam meluaskan peluang melakukan sesuatu yang jauh dan
tidak boleh dilakukan oleh kaedah tradisional dalam P&P. ICT menyediakan
kebolehan mencapai, memproses, mengendalikan dan menyampaikan maklumat dengan
cara yang paling mudah. Semua guru-guru di Malaysia disarankan menggunakan
teknologi pendidikan, kerana melalui kajian-kajian yang telah dibuat ia
ternyata membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan. Malah menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9,2006), pihak
kerajaan telah membuat peruntukan yang besar terhadap pembangunan ICT negara.
Di antara perancangan yang telah dibuat dalam pembangunan ICT negara adalah
dengan memberikan peruntukan yang besar dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah
agar pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong pelajar
memperoleh maklumat malah pelajar mampu memproses maklumat dan
mengaplikasikannya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat lari daripada berkomunikasi
dengan pelajar kerana melalui komunikasi, guru dapat menyampaikan pengajaran
dan didikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah
bergantung kepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan pelajar.
Semakin baik komunikasi berlaku maka semakin banyak objektif pengajaran yang
dapat dicapai.
Di era teknologi maklumat ini komputer adalah satu komponen yang
penting dalam komunikasi harian bagi setiap orang dalam semua bidang seperti
perniagaan,perubatan, undang-undang, penyelidikan, pentadbiran dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga di dalam dunia pengajaran komputer adalah satu agen yang
dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran
dan juga kecekapan pentadbiran dalam organisasi pengajaran itu sendiri. Adalah
menjadi ketinggalan zaman sesebuah negara meninggalkan teknologi ini yang telah
terbukti keberkesanannya. Teknologi baru seperti multimedia berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pengajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan.
Selain dari itu pengajar dan pelajar tidak terikat dengan kaedah
pengajaran konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan
berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia. Multimedia merupakan satu
teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat. Satu contoh yang
baik ialah penggunaan multimedia di dalam bilik darjah. Kajian yang telah
dilakukan di 200 buah sekolah di Atlanta
mengenai penggunaan multimedia (Pengajaran Berbantukan Komputer
Multimedia) di dalam bilik darjah berbanding dengan kaedah pengajaran biasa.
Kumpulan kawalan terdiri dari mereka yang belajar dengan kaedah
kuliah biasa sementara kumpulan
berbandingan pula menggunakan media interaktif dan arahan berdasarkan komputer.
Kaedah pengujian dan pemerhatian digunakan untuk menilai keberkesanan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati kemahiran, pengetahuan dan tahap kefahaman
yang dikuasai oleh kumpulan yang mengunakan multimedia adalah lebih tinggi dari
kumpulan kawalan.
Selain itu, pembelajaran aktif melalui penggunaan teknologi ini
sering kali dikaitkan dengan pendidikan ICTL di sekolah rendah. Pendidikan
subjek ICTL ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan Negara yang telah
banyak mengalami perubahan yang drastic selaras dengan NKRA dalam pendidikan
iaitu untuk melahirkan modal insan yang celik IT. Hampir 90 % sekolah di
seluruh Negara dibekalkan dengan kemudahan computer dan WIFI secara percuma bagi
mmastikan subjek ICTL dan penggunaan teknologi computer ini dapat diaplikasikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Subjek ini merupakan subjek pilihan dan bukanlah subjek teras
seperti mana subjek sains dan matematik, namun demikian pengetahuan dalam
penggunaan asas computer adalah penting terutamanya di kalangan murid sekolah
rendah. Murid murid telah didedahkan dengan pengetahuan asas ini sejak mula
memasuki alam persekolahan lagi. Peranan guru adalah penting dalam menyampaikan
pengetahuan asas dalam penggunaan komputer.
Dengan adanya pengenalan subjek ICTL ini, murid murid akan dapat
merasai satu kelainan dan keseronokan dalam aktiviti pembelajaran seharian
mereka. Murid murid akan berasa sangat seronok apabila belajar benda baru yang
belum mereka terokai sepenuhnya. Semangat yang tinggi untuk belajar subjek ini
adalah tinggi. Mereka tidak akan sabar menunggu untuk mempelajari apakah
perkara seterusnya yang akan diajar oleh guru nanti.
Dalam hal ini,adalah penting guru guru mempunyai pengetahuan dalam
bidang komputer ini, walau pun Cuma mengetahui perkara asas sahaja tentang
computer. Ini aladh penting agar mereka dapat member tunjuk ajar dengan lebih
lancer dan sempurna kepada murid murid mereka kelak. Selain itu, guru guru juga
harus mengambil inisiatif sendiri untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka
dalam bidang ini.
3.0 Kesan Penggunaan
Teknologi dalam bidang Pendidikan
Pengunaan teknologi maklumat di sekolah melibatkan banyak aktiviti di
semua sekolah di Malaysia. Tahap kualiti masa hadapan masyarakat dari segi
politik, sosial dan ekonomi bergantung kepada kemampuan generasi muda yang akan
mengambil alih peranan pemimpin masyarakat. Kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang
lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya
menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan
kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer,
bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan
lain-lain dalam bilik darjah.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada
dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan
adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah
kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima
dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Teknologi maklumat telah mengubah
cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make
our lives easier. Everyday tasks are simplified ”. Beliau juga menyatakan
bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru
seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sistem
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini, terdapat banyak kebaikannya.
Antaranya kita akan dapat berfikiran secara terancang dan dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih berkesan, aktif dan bermutu.
Selain daripada itu, ianya juga terdapat perisian yang boleh kita
gunakan dalam pengajaran kita. Perisian ini mempunyai nota, soalan dan ulangkaji
yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara langsung dengan komputer.
Kaedah ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sesetengah guru
yang juga boleh digunakan sebagai pengganti guru semasa guru tiada dalam kelas.
Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk
merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan
sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh
melibatkan internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus.
Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang
lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada
pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di
sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus
peperiksaan awam. Dengan pengajaran dan ulangkaji telah diselangseli dengan TMK
dan didapati penumpuan pelajar lebih dan mereka lebih memberi perhatian sehingga
di saat terakhir pengajaran.
Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka,
pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut.
Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang
dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan
disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang
menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method).
Dengan penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh
kementerian pendidikan hampir di setiap sekolah, pendidik akan dapat
menggunakannya dengan lebih cemerlang. Pendidik haruslah menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan makmal komputer. Selain
daripada itu, pendidik juga boleh menggunakan pelbagai perisian komputer
berkaitan pendidikan yang kini mudah didapati di pasaran.
Sepanjang proses pengajaran sebagai contoh bagi subjek sains,
penggunaan teknologi amatlah berguna. Ini kerana ianya boleh melibatkan murid
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu,
murid juga akan dapat berinteraksi dengan guru lebih kerap untuk mendapatkan
maklumat mengenai apa yang diajarkan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi
amatlah berguna berguna kepada para pendidik sekarang.
4.0 Contoh Jurnal
Sokongnan Untuk Pernyatan Esei
Berikut adalah beberapa contoh jurnal yang menyokong pernyataan esei
seperti di atas. Di sini saya banyak mengaitkan jurnal berkaitan tajuk “ ICT
dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi”
5.1
Internet
as an Influencing Factor of Teachers’ Confidence in Using ICT
5.2
Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) Subjek Information And Communication Technology
(ICT)
5.3
Pembangunan
Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam
Subjek Sains Komputer
5.4
ICT dalam
Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi.
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kemajuan ICT
atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara
dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang
berpengetahuan dan berkemahiran ICT.
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia
pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan
penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat
organisasi pendidikan. Penggunaan ICT
juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah
memartabatkan pendidikan negara pada peringkat
antarabangsa.
ICT mula diperkenalkan dalam dunia
pendidikan pada awal tahun 1990-an.
Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi hanya menggunakan radio,
televisyen dan overhead projector dalam
proses membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Rancangan Radio dan TV Pendidikan juga telah
diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan teknologi satelit supaya
siaran tersebut dapat diperluaskan dan diterima oleh sekolah-sekolah luar
bandar dan pendalaman. Bagi meningkatkan
penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan telah membekalkan
sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan
satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
Dalam mengharungi kemajuan ICT,
pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak menghadapi masalah atau
cabarannya. Namun begitu,
cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harus
diselesaikan serta ditangani dengan bijak.
Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha
meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
Kini penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikatakan
merangkumi setiap kegiatan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita lihat
dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat adalah amat penting
terutama sekali sebagai alat membantu pengurusan. Ianya digunakan untuk
menyusun sistem data supaya menjadi kemas dan teratur selain dari cepat dan
terkini. Ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang terbahagi
kepada 4 jenis iaitu mod tutorial untuk pengajaran yang lebih interaktif, mod
penerokaan untuk murid merasai pengalaman menjalankan eksperimen, mod aplikasi
supaya murid akan lebih memberi tumpuan dan mod komunikasi yang amat sesuai
untuk proses pengajaran jarak jauh.
Oleh itu, rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat
guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan.
Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya
banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru
mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini
ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos
yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya
menggunakan kaedah terkini agar pelajar tidak ketinggalan di dalam bidang
teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan
amanat di dalam bidang pendidikan.
Bibliografi
Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa
(2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala
Lumpur
:Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5.
Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih:
Dahulu, Sekarang Dan Harapan Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan
komunikasi dalam
pendidikan,Maktab
Perguruan Batu Lintang.
Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992).
Teachers’ Attitudes Towards Computers
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di
Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur
Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And
Curriculum-Micro Computer In The Classroom. Boston: Allyn and Bacon.
Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High Wired: On The
Design, Use And Theory Of Educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of
Michigan Press
Laman Sesawang
http://google/ ICT dalam
pendidikan/sekolahmalaysia
kamus
Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lampiran
Lampiran 1 : Gambar
penggunaan ICT di sekolah




LAMPIRAN 2



Lampiran 3
Contoh
penggunaan ICTL dalam subjek Sains dan
Matematik
Merujuk kepada mata pelajaran matematik, penggunaan ICT sememangnya
banyak membantu murid murid untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan
mudah , melalui penggunaan ICT juga
murid dapat menyampaikan idea yang diperoleh untuk dikongsi dan
meyakinkan rakan sebaya. Contohnya, dengan menggunakan perisian geometri murid boleh menyampaikan hasil
penemuan mereka dengan tepat dan jelas.
ICT boleh membantu murid melahirkan sesuatu idea matematik secara mudah,
cepat dan jelas. Aktiviti menganalisis, menyiasat dan menilai seperti ini dapat
meneguhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang sesuatu konsep matematik.
Melalui ICT, murid dapat meneroka dan melayari laman web untuk
mendapat maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu konsep atau kemahiran dengan
cepat. Seterusnya maklumat yang diperoleh dapat disimpan secara kekal dalam
komputer untuk tujuan rujukan atau refleksi.
Melalui sumber-sumber ICT yang mempunyai unsur visual dan interaktif
seperti perisian, kalkulator grafik, cakera video dan lain-lain, dapat memfokus
minat murid terhadap matematik. Dengan
bantuan ICT seperti ini, motivasi murid dalam pembelajaran matematik dapat
dipertingkatkan.
LAMPIRAN 4
Contoh 2 : Tutorial
Menggunakan ICT

Penggunaan ICTL dalam gambarajah di atas adalah guru hanya perlu
menerangkan kepada murid mengenai cara melihat dan penyelesaiaan masalah
matematik dengan menunjukkan satu persatu penyelesaian masalah tersebut tanpa
perlu mengulangi dan murid terus dapat aplikasikan kepada proses penyelesaian
masalah lain yang berkaitan kerana minda murid tersebut telah dapat
membayangkan visual yang dipaparkan. Teknik yang digunakan tersebut adalah
teknik double bubble map untuk pengajaran dan pembelajaran.
Contoh
Penggunaan Dalam Pentaksiran
Terdapat banyak contoh pentaksiran yang dapat kita lihat terhadp
penggunaan ICT dalam pentaksiran. Di sekolah rendah , pentaksiran ini semakin
meluas penggunaan , lebih lebih lagi dengan adanya transformasi pendidikan yang
telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ seri Najib B Tun
Abdul Razak. Melalui transformasi pendidikan yang telah diperkenalkan oleh
beliau, kaedah pentaksiran baru telah diperkenalkan dalam mata pelajaran KSSR
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah .Kurikulum baru ini banyak menggunakan
ICT dalam Pentaksirannya.Salah satu contoh terdekat adalah dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Penggunaan ICT adalah diperlukan bagi mentaksir murid dalm
salah satu bahagian yang terlibat , contohnya ‘listening and Speaking’.
Murid murid akan ditaksir berdasarkan soalan yang dikemukakan
melalui pApran videoslide tentang satu
tajuk yang terkandung dalam sukatan
pelajaran.Pentaksiran yang dilaksanakan akan di nilai mengikut standard
kandungan pembelajaran yang telah ditetapkan. Beriku adalah contoh pentaksiran
yang dimaksudkan ;
Langkah 1
Guru
memperkenalkan tajuk yang hendak dipelajari dan yang akan ditaksir
Langkah 2
Guru memaparkan
satu cerita pendek dalam bahasa inggeris untuk diperlihatkan dan diperdengarkan
kepada murid murid. Murid murid diminta mendengar dan memahami isi cerita yang
terkandung dalam cerita tersebut.
Langkah 3
Guru, membuat
ulasan meyeluruh tentang video slide dan cerita pendek yang telah dilihat dan
didengar .
Langkah 4
Guru menyoal dan
membuat pentaksiran terhadap murid
berdasarkan jalan cerita yang ditonton oleh mereka. Murid menjawab soalan yang
dikemukakan dengan betul . Sekirannya ada kesilapan guru akan memaparkan
jawapan yang sebenar pada skrin utama .
Langkah 5
Guru membuat
latihan pengukuhan dengan menggunakan buku latihan dan worksheet tutorial . Markah akan disimpan ke dalam data SPPBS online
.Manakala Evident murid yang telah ditaksir akan dicetak dan disimpan dalam
bentuk file .
Contoh soalan ICTL (
LITERASI KOMPUTER)
Soalan 1
1. Namakan
bahagian bahagiasn yang terdapat pada sebuah computer di bawah. Isi tempat kosong
dengan jawapan yang betul.
a) _______________________

b)_________________________

C )
____________________________

d
)_____________________________

e)
____________________________

f)
_________________________
Murid
dikehendaki melabelkan bahagian bahagian tertentu dalam computer.
No comments:
Post a Comment