MENGIKUT
ARTIKEL HAMZA & GRIFFITH (2006), MEMUPUK PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN
KREATIF DALAM BILIK DARJAH : MEMUPUK MINDA KREATIF. FORUM KEBANGSAAN GUNAAN
PENDIDIKAN JURNAL PENYELIDIKAN – VOL. 19. NO 3 ELEKTRONIK
1.0 Pengenalan
Berdasarkan
artikel Hamza & Griffith (2006), Memupuk Penyelesaian Masalah dan Pemikiran
Kreatif dalam Bilik Darjah : Memupuk Minda Kreatif. Forum Kebangsaan Gunaan
Pendidikan Jurnal Penyelidikan – Vol. 19. No 3 Elektronik, membincangkan sifat
kompleks kreativiti dan berkongsi hasil kajian satu tahun yang dijalankan di
sebuah Kolej di Negara Texas. Dalam kajian ini, penyelidik menerokai kaedah
pengajaran dan iklim bilik darjah yang dicipta oleh guru-guru yang menunjukkan
teladan yang luar biasa dalam pendekatan pengajaran, gaya dan metodologi yang
menyumbang kepada pembangunan pembelajaran persekitaran kreatif di mana pemikiran
kreatif dan penyelesaian masalah dimartabatkan sebagai egen utama pembangunan
manusia ke arah kejayaan.
Secara asasnya pemikiran
melibatkan penyusunan idea dan maklumat dalam bentuk berstruktur dan bermakna.
Namun demikian, pemikiran dapat dikategorikan mengikut sifat dan bentuk yang
tersendiri. Proses berfikir bermula dengan bentuk kepakaan, pengamatan atau
maklumat. Untuk berfikir dan memberi makna daripada pengalaman atau maklumat
yang diterima, manusia memerlukan pelbagai rangsangan luar. Misalnya gambar
pemandangan yang cantik akan mengingatkan kita kepada ketenangan, kedamaian,
proses menulis, berkarya dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu, sekiranya manusia
mengalami kerungsingan atau tidak tenteram, mereka akan ke tempat-tempat
sebegini untuk berfikir dan merenung cara untuk meredakan atau menghilangkan
perasaan tersebut. Gambar peperangan pula akan mendatangkan kesedihan melalui
imaginasi kita tentang tangisan anak-anak yang kehilangan ibu bapa, isteri
kehilangan suami atau anak, kecederaan kanak-kanak, kebuluran, penyakit dan
sebagainya. Berdasarkan ciri-ciri pemikiran, ia dikelaskan kepada beberapa
jenis iaitu pemikiran kritis, pemikiran konvergen dan divergen, pemikiran
reflektif dan pemikiran kreatif.
1.1 DEFINISI PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN
MASALAH
1.1.1 Defenisi Pemikiran Kreatif
Menurut Woolfolk (1998), kreativiti
adalah pemikiran imaginatif, baru dan asli apabila menyelesaikan masalah atau
menghasilkan produk baru. Kemahiran berfikir kreatif juga dapat dirumuskan
sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda menerokai pelbagai
kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan. Kemahiran kreatif dikaitkan dengan otak
bahagian kanan atau hemisfera kanan. Dapat dirumuskan, kreativiti ialah
keupayaan menghasilkan atau mencipta sesuatu objek atau idea yang baru, asli
dan unik. Antaranya, adalah menjanadan menghasilkan idea yang pelbagai,
mencipta analogi dan mencipta metafora. Manakala ciri-ciri pemikiran kreatif
ialah Pertama “Kelancaran” iaitu kebolehan menghasilkan banyak idea, pendapat,
pandangan dan buah fikiran yang dipersembahkan melalui lisan bertulis atau
grafik. Kedua “Kejelasan” iaitu kebolehan menghuraikan idea, pendapat,
pandangan dan buah fikiran dengan terperinci dan sistematik. Ketiga ”Keaslian”
iaitu kebolehan menghasilkan sesuatu idea, pendapat, pandangan dan buah fikiran
yang baru, luar biasa dan hanya sebilangan kecil individu yang mengemukakannya.
Pemikiran kreatif berbeza daripada
pemikiran konvensional dan ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada
pelbagai sudut. Oleh itu pemikiran ini akan menghasilkan pelbagai cara untuk
melakukan sesuatu. Apabila individu tersebut menggunakan pemikiran kreatif,
matlamatnya ialah untuk menghasilkan persepsi, konsep, idea, teori, reka cipta,
prosedur dan seumpamanya. Perkara-perkara yang timbul sewaktu berfikir secara
kreatif ini ialah perlukan idea baru, ada atau tidak cara lain? Tolong fikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang lain, ada cara yang lebih mudah? Ini idea lama,
tentu ada cara lain dan lain-lain. Bagi individu yang menggunakan pemikiran
kreatif ini cuba mencari alternatif-alternatif lain diluar kebiasaan. Seperti
bentuk kegiatan mental yang lain, pemikiran kreatif juga terlibat dengan
beberapa proses mental. Wallas G. (1962) memberikan empat fasa, iaitu Peringkat
Penyediaan, Peringkat Pengeraman, Peringkat Penyinaran dan Peringkat Pengesahan.
Pemikiran ini selalunya bermula dengan
perasaan ingin tahu, minat,eksperimen dan sebagainya. Setelah itu bermulalah
proses memikirkan bagaimana untuk menghasilkan atau menyelesaikannya. Ini
berdasarkan kepada individu tersebut mendapat ilham dengan pelbagai
kemungkinan. Setelah melalui proses pemikiran yang aktif dalam mencari
alternatif inovatif, barulah idea yang abstrak itu dapat dijelmakan dalam
bentuk konkrit. Dalam masa yang sama, idea-idea sampingan juga perlu untuk
penyempurnaan penyelesaian.
Mengikut Ainon & Abdullah (1995),
pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan keupayaan pemikiran kreatif. Antaranya
ialah terus berfikir sehingga mendapat beberapa alternatif lain. Setelah itu
barulah membuat pemilihan terbaik berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
Selain itu, membayangkan apa yang akan dilakukan oleh orang lain sekiranya
mereka menghadapi masalah yang serupa juga boleh membantu kita menjadi kreatif.
1.1.2 Kemahiran Berfikir Menyelesaikan Masalah
Penyelesaian
masalah adalah kemahiran berfikir yang menggabungkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dalam usaha mencari maklumat dan idea bagi menyelesaikan
sesuatu masalah yang timbul. Kaedah ini akan menggalakkan pelajar membuat percambahan
idea bagi mencari jawapan kepada satu-satu situasi bermasalah yang timbul.
Menurut
Van Dijk dan Kintsh (1983), penyelesaian masalah akan berlaku apabila
langkah-langkah dan operasi mental diperlukan bagi mencapai matlamat yan
tertentu. Tedapat pelbagai proses penyelesaian masalah yang diperkenalkan oleh
ahli-ahli pemikir. Branford dan Stein (1984) misalnya memperkenalkan suatu
kaedah penyelesaian masalah yang dibahagikan kepada 5 langkah utama iaitu mengenal
pasti masalah, mendefinisikan masalah, mencari jalan penyelesaian, mengambil
tindakan dan menilai tindakan.
2.0 PENEMUAN
DALAM KAJIAN
(Hamza & Griffith (2006), Memupuk
Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Kreatif dalam Bilik Darjah : Memupuk Minda
Kreatif. Forum Kebangsaan Gunaan Pendidikan Jurnal Penyelidikan – Vol. 19. No 3
Elektronik)
Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan oleh Hamza & Griffith, dapat dirumuskan mengenai beberapa
penemuan penting dalam pendidikan yang dapat diaplikasikan oleh para pendidik.
Yang mana, selama beberapa dekad, pendidikan di Amerika Syarikat mengalami
revolusi senyap, yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran ke arah
pemikiran secara kreatif. Oleh itu, kajian ini menunjukkan betapa pentingnya
memupuk persekitaran yang menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian
masalah pembelajaran. Yang mana penyelidik mendapati bahawa guru-guru tersebut
dibina oleh kaedah pengajaran yang menyatukan dan memupuk unsur-unsur berikut
iaitu iklim bilik darjah, sifat dan watak guru, pengurusan bilik darjah,
semangat guru dan sikap terhadap pelajar, subjek dan pengajaran, gaya
pangajaran apa dan bagaimana dilaksanakan, pengetahuan guru, interaksi
guru-pelajar dan sikap pelajar. Perasaan, sikap, tingkah laku, sempadan dan
kekangan yang mempengaruhi bilik darjah budaya sementara, biasanya tempoh satu
semester panjang, yang dicipta oleh guru dan pelajar.
Dalam kajian ini, penyelidik juga
mendapati bahawa iklim bilik darjah yang menggalakkan pemikiran kreatif dan
penyelesaian masalah adalah terbuka, selesa, santai, mencabar, selamat,
sokongan, mempercayai, lucu, bertenaga, dan kerjasama. Iklim seperti ganjaran
tingkah laku kreatif dan galakkan berfikir serta meneroka proses, pelajar bebas
untuk menyuarakan pendapat melalui tidak mengancam, menghiburkan, dan
menyeronokkan kaedah. Teladan guru-guru yang dipilih untuk kajian ini terdapat
pelbagai sifat dan watak. Mereka ialah: senang didekati, tampan, kreatif,
penyayang, fleksibel, berilmu, bertenaga, menarik, memotivasikan, imaginatif,
inovatif, estetik, pencari kemungkinan, pemimpin, berwawasan, asal, dan unik.
Di samping itu, penyelidik
berpendapat bahawa keupayaan guru untuk menguruskan konflik dan mengurangkan
gangguan, untuk mereka membentuk bilik darjah secara fizikal, dan untuk mewujudkan
aktiviti kelas yang inovatif penting bagi menjayakan dan melancarkan persekitaran
bilik darjah. Penyelidik memerhatikan bahawa keghairahan untuk isi kandungan tertakluk
dan dipengaruhi cara individu yang diajar dalam bilik darjah, seterusnya mencerminkan
komitmen yang kuat kepada pembelajaran pelajar dan kejayaan. Paling ketara,
penyelidik mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai sikap positif terhadap
pelajar dan kandungan mata pelajaran dirangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar-pelajar
mereka dan mengakibatkan satu kepentingan dalam hal perkara itu.
Bagaimana seseorang mengajar
adalah penting untuk pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah dan strategi oleh
seorang guru dalam pembentangan kandungan mata pelajaran, dalam perbincangan
utama, perbahasan dan menggalakkan interaksi kumpulan kecil, memupuk rasa ingin
tahu pelajar. Pendekatan ini menggalakkan pelajar untuk mengkaji isu-isu dari
pandangan berbeza. Isi kandungan yang dipilih untuk mengajar merupakan satu lagi
elemen penting. Fokus kepada kualiti pengajaran, bukan kepada kuantiti maklumat
yang disampaikan dapat membantu guru-guru dalam mengekalkan rasa ingin tahu
pelajar dan menggalakkan penerokaan yang sukar difahami. Penyelidik mendapati
bahawa guru-guru teladan yang dipilih untuk kajian ini dipamerkan secara
mendalam dan kaya dengan ilmu pengetahuan dalam hal perkara dan bidang pengajian
mereka. Guru-guru juga diadakan pengetahuan yang luas mengenai isu-isu lain,
topik dan domain. Penyelidik juga mendapati bahawa interaksi guru-pelajar di kelas
terdapat pelbagai kemungkinan dalam memupuk iklim kreatif. Di samping itu,
guru-guru ini dipaparkan berbagai perkara berkenaan ke arah menghadapi dan
menhargai pelajar-pelajar yang mempunyai soalan luar biasa dan menentang
pendapat.
3.0 KAITAN
PENEMUAN UNTUK PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SENDIRI
Berdasarkan penemuan kajian yang dijalankan
oleh (Hamza & Griffith (2006), Memupuk
Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Kreatif dalam Bilik Darjah : Memupuk Minda
Kreatif. Forum Kebangsaan Gunaan Pendidikan Jurnal Penyelidikan – Vol. 19. No 3
Elektronik), telah wujud dalam persekitaran sekolah dan pembelajaran sekolah
saya sekarang yang penuh dengan foktor pendorong motivasi dan pemikiran kreatif
saya sebagai guru. Berbeza dengan sekolah yang sebelum ini saya mengajar yang
amat tidak mendorong motivasi dan pemikiran kreatif saya sebagai guru juga
sebagai faktor pendorong pemikiran kreatif murid yang saya ajar dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti yang saya dapat jelaskan dalam
perbandingan antara dua sekolah tersebut.
3.1 Jarak dan Keadaan Jalan Sekolah (A) dan Sekolah (B)
sekolah
saya dahulu iaitu sekolah (A) sangat jauh dari rumah yang memerlukan masa 1 jam
30 minit perjalanan dari rumah untuk sampai ke sekolah dan tidak dapat membuat
persediaan secara baik dalam mengadakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
ekoran dari keletihan dan kesuntukan masa untuk membuat persediaan mengajar. Selain
itu, keadaan jalan yang tidak berturap sepanjang 15km ke sekolah juga
menyukarkan saya untuk membawa bahan bantu mengajar yang mudah patah dan pecah.
Oleh itu, sepanjang saya berada di sana saya hanya menggunakan teknik
pengajaran yang tradisional iaitu banyak berpusatkan guru serta bahan bantu mengajar
yang sedia ada sahaja.
Manakala
sekolah saya sekarang ini iaitu sekolah (B) dekat dan hanya memerlukan 20 minit
perjalanan dari rumah untuk sampai ke sekolah dan mempunyai ruang masa yang
cukup untuk membuat persediaan yang baik dalam mengadakan pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Selain itu, keadaan jalan ke sekolah juga adalah berturap sehingga
ke sekolah memberi keselesaan dan percambahan idea yang baik dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pemikiran kreatif pelajar.
3.2 Situasi Sekolah (A) Dan Sekolah (B) Dalam
Menjalankan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Di
sini saya bandingkan dalam dua situasi sekolah yang saya pernah mengajar. Yang
mana, sekolah pertama saya iaitu sekolah (A) yang menunjukkan situasi kurang
membina pemikiran kreatif pelajar oleh kerana kawasan sekolah tersebut berada
di kawasan pedalaman dengan kurangnya fasiliti yang lengkap dalam membantu guru
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Akan tetapi terdapat
juga faktor lain yang sangat baik untuk membina pemikiran kreatif pelajar iaitu
situasi sekolah yang baik dengan sikap pelajar yang masih belum terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan
wujud inisiatif guru-guru mewujudkan bahan bantu mengajar yang ringkas seadanya
untuk rujukan pelajar di dalam kelas serta persekitaran sekolah masih hijau dan
masih terjaga alam sekitarnya.
Sekiranya
dibandingkan dengan sekolah saya sekarang iaitu sekolah (B) yang berada
dipinggir bandar yang lengkap dengan segalanya dalam membantu guru menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Suasana persekitaran
sekolah juga masih hijau dan terjaga alam sekitarnya dan bilik darjah juga
lengkap dengan bahan bantu mengajar untuk rujukan pelajar dan pelajarnya masih
tidak terlalu terpengaruh dengan gejala tidak sihat. Yang sememangnya dapat membantu membina pemikiran
kreatif pelajar serta juga motivasi pelajar. Akan tetapi terdapat juga kekangan
yang tidak membina pemikiran kreatif pelajar di sekolah tersebut yang perlu
diatasi dan perlu diterapkan nilai dan pemikiran lain agar ia boleh membangun
minda pelajar. Yang mana, pada pendapat saya penerapan pemikiran kreatif ini terdapat
juga kekurangannya kepada pembangunan pelajar kerana ia boleh menyebabkan
pelajar terlalu dimanjakan dan berkemungkinan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai disiplin yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak
sihat terutama seperti pelajar di sekolah saya sekarang yang mempunyai pelajar
yang ramai dan berhampiran dengan bandar dan senang dipengaruhi gejala tidak
sihat.
3.3 Rumusan
Dari
pengalaman yang saya pernah lalui tersebut saya dapat rumuskan disini bahawa
motivasi, kesediaan ilmu pengetahuan mengenai tajuk yang akan diajar dan
lain-lain seperti mana yang telah dijelaskan dalam penemuan kajian yang
dijalankan oleh (Hamza & Griffith (2006) adalah penting kepada pembangunan
minda pelajar selain daripada iklim persekitaran bilik darjah yang menggalakkan
pemikiran minda positif dan kreatif.
4.0 ASPEK YANG BERNILAI DALAM KONTEKS
SENDIRI
Pada pendapat saya melalui pengalaman dan
pembacaan mengenai pemikiran, proses berfikir adalah melibatkan beberapa
peringkat yang memperlihatkan kesediaan dan tindak balas mental dalam lakuan
pemikiran untuk meningkatkan pembangunan pelajar.
Yang mana, pemikiran kreatif adalah proses
pemikiran yang terbaik yang perlu diterapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan
dan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang
menggarap dan mendorong pemikiran tersebut bagi pembangunan pelajar ke arah
kecemerlangan. Melalui pemikiran kreatif ini juga pelajar boleh mengajak dan
mendorong pelajar lain juga ke arah kecemerlangan dengan menunjukkan
nilai-nilai murni yang baik dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan
aplikasi minda yang sepenuhnya dalam penyelesaian masalah dan mencipta sesuatu
baru dalam pembelajaran disamping aktiviti peneguhan dan pujian yang diterapkan
oleh guru.
Walaupun pemikiran kreatif ini sesuatu yang
baik dan perlu diterapkan dalam kehidupan pelajar, pemikiran-pemikiran lain
juga perlu diterapkan dalam menggarap dan mendorong pembangunan minda pelajar
terutama sekali pemikiran kritis iaitu pemikiran yang melibatkan kebolehan
menganalisis nilai sesuatu idea, data atau maklumat bagi tujuan pemahaman yang
jelas dan munasabah yang berlaku secara pantas dan spontan yang amat berguna
untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah dan
pemikiran reflektif yang memberi penekanan terhadap urutan idea yang memberi
kesan terhadap perlakuan yang amat bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman
seseorang, sekiranya lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada diri
maka lebih besar kemungkinan dapat berfikir dan memberi cadangan penyelesaian
yang konstruktif terutama pada masa sekarang teknologi maklumat (IT) berkembang
dengan pesat dalam menganalisis perhubungan yang ditemui mengenai sesuatu
perkara untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan.
Oleh itu, pada pendapat saya pemikiran
kreatif adalah amat penting diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pelajar dengan menggarap suasana pembelajaran yang kondusif,
selesa, fleksibiliti dan meriah dengan gelak ketawa murid yang menyeronokkan
murid serta penuh dengan kasih sayang dan ukhwah sesama pelajar dan guru
disamping diterapkan pemikiran lain yang juga berguna kepada pelajar seperti
pemikiran kritis dan reflektif dalam menggarap pembangunan pelajar ke arah
kecemerlangan.
5.0 PENUTUP
Seperti mana difenisikan oleh pakar psikologi,
kemahiran berfikir adalah melibatkan proses urutan perubahan tingkah laku yang
tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu
individu dalam proses mencapai kematangan. Oleh itu pertumbuhan manusia amat penting
memandangkan pelajar merupakan unit penting dalam proses pendidikan.
Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku pada seseorang merupakan bidang yang
termasuk dalam disiplin yang mengkaji perubahan pada seseorang individu
mengikut masa dan tahap-tahap tertentu. Selain itu, perubahan tersebut boleh
diteliti daripada aspek kebolehan personaliti, motivasi serta ciri-ciri sosial
manusia.
Dengan
ini, pemahaman tentang situasi dan pemikiran pelajar amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana penerapan peringkat-peringkat pemikiran
tersebutlah perkembangan individu itu mempengaruhi teori dan amalan pendidikan
pelajar. Yang mana, garapan pemikiran kreatif adalah amat penting
dalam pembangunan pelajar sebagaimana kajian yang dibuat oleh Siti
Rahayah Ariffin, Rasidah Abd. Majid, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa
Alias, Shahir Samsuri, Basri Hassan dan Nor Azaheen Abdul hamid pada tahun 2008
dalam artikel mereka bertajuk “ Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian
Masalah Pelajar Sains di Malaysia” yang menggambarkan betapa pentingnya kreatif
dan kritis kepada pelajar dalam penyelesaian masalah.
Rujukan
John
Arul Philips, (2012), ‘Educational
Psychology’, Open University Malaysia
Shahabuddin
Hashim dan Dr. Rozihani Yaakub, (2004), ‘Psikologi Pembelajaran &
Personaliti’, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kampus PTS, 6147
Cemperoh, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Kamarudin
Hj. Husin, (2010), ‘Psikologi Pembelajaran’, Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd, No 1 & 3, Jalan 3/91A Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala
Lumpur.
Shahabuddin
Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan, (2007), ‘Psikologi Pendidikan’, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd, No. 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa
Melawati, 53300, Kuala Lumpur.
Siti Rahayah Ariffin, Rasidah Abd. Majid,
Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa Alias, Shahir Samsuri, Basri Hassan dan
Nor Azaheen Abdul hamid, (2008), ‘Atikel Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
Penyelesaian Masalah Pelajar Sains di Malaysia’, Universiti
No comments:
Post a Comment