Langkah Menuju Kejayaan
IKUT HASRAT HATI
Setiap orang mempunyai impian tetapi tidak ramai yang mahu mengikuti hasrat hati. Contohnya, melakukan perkara menjurus kepada bidang yang diminati. Untuk berjaya individu harus bertanya apa yang diinginkan, tulis diatas kertas dan baca selalu untuk mengingatkan diri.
FOKUS KEPADA SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN
Kajian menunjukkan pelajar yang tidak kuat belajar tidak semestinyatidak berjaya.Apa yang penting ialah memberi sepunuh perhatian kepada pelajaran. Andaperlu ingat yang anda bertanggungjawab kepada apa jua keputusan, kegagalan atau kejayaan. SENTIASA BERSIKAP OPTIMIS untuk berjaya individu harus berpandangan positif. Beri lebih daripada sepatutnya. Contohnya, pelajar boleh menambah masa belajar sekiranya berasa kurang yakin dengan kemampuan diri.
MILIKI KEHORMATAN DIRI YANG TINGGI
Jangan malu memberikan pandangan. Sekiranya gagal sentiasalah memanfaatkan diri dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada masa depan. Perasaan bangga akan menyebabkan anda lebih menghargai orang lain.
MEMPUNYAI HOBI
Lakukan aktiviti berfaedah yang boleh menghilangkan bosan seperti bersukan, membaca, mengembara dan berkebun. Dengan cara ini fikiran kita tidak lagi di belenggu masalah.
BERGAUL DENGAN ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF
Pergaulan dengan mereka yang berpendirian positif turut mempengaruhi diri kita menjadi positif. Elakkan bercampur dengan rakan yang melakukan perbuatan kurang sihat.
LIHAT MASALAH SEBAGAI CABARAN
Ingat setiap orang ada masalah, sama ada kecil atau besar. Yang membezakan kita ialah cara kita bertindak balas terhadap masalah itu, sama ada positif atau negatif. Anggaplah masalah sebagai cabaran untuk mematangkan diri dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.
SENTIASA MENGELUARKAN IDEA, PENDAPAT DAN MENGELUARKAN PERASAAN
Orang berjaya sentiasa mengemukakan pendapat. Mereka tidak malu sekiranyapendapat ditolak dan menerima kritikan sebagai sesuatuyang membina. Didalam fikiran sentiasa terbayang perkara positif.
DISIPLIN
Perkara penting untuk berjaya ialah disiplin. Disiplin datang dari dalam diri. Hanya yang berkemampuan kuat sahaja akan mendisiplinkan diri. Jatuh bangun seseorang kerana disiplin.
DORONGAN DARIPADA ORANG YANG RAPAT
Dorongan keluarga dan rakan-rakan sangat penting untuk meningkatkan motivasi diri. Apabila ada orang memberi semangat kita jadi lebih kuat berusaha.
*Pakar motivasi Jon Tan, petikan majalah iremaja Mac 2003*
No comments:
Post a Comment