PENDAHULUAN
Bimbingan merujuk kepada
bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang
berkenaan. Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang menghadapi
masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi mahupun sosial. Masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan kepada dua kategori utama
iaitu masalah akademik dan masalah emosi sosial. Manalaka kaunseling pula ialah satu proses menolong
tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang
kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien atau
pelajarnya dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien
menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangan, kebolehan, kemampuan dan
keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi
dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya.
Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidup dan boleh membuat
rancangan untuk masa depannya. Oleh yang demikian, proses bimbingan dan
kaunseling adalah saling berkait kerana kaunseling merupakan sebahagian proses
daripada perkhidmatan bimbingan.
Satu sesi temu
bual telah diadakan dengan guru
bimbingan Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau untuk mendapatkan maklumat
berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Tahunan Program Bimbingan dan Kaunseling. Laporan
daripada hasil temubual tersebut adalah seperti berikut.
Sesi temu bual :Cikgu Ashraf syaari ( guru kaunseling
SMK Tansau)
Tarikh :5 Oktober 2005-12-08
Masa : 10.00 pagi
a) Aktiviti-aktiviti bimbingan yang telah
dirancang.
|
BIL
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
|
1)
|
Program pasaria
|
Akan dilaksanakan
|
|
2)
|
Perkhemahan Unit Bimbingan dan
Kaunseling
|
Sudah laksana
|
|
3)
|
Ceramah Anti Dadah
|
Sudah laksana
|
|
4)
|
Ceramah Keibubapaan
|
Sudah laksana
|
|
5)
|
Ceramah Teknik Menjawab
Soalan Peperiksaan
|
Sudah laksana
|
|
6)
|
Derma Darah
|
Akan dilaksanakan
|
1.
Program Pasaria
Program ini
disasarkan kepada semua pelajar dan terbuka kepada orang ramai. Objektif
program ini adalah untuk membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi samada masalah akademik dan
peribadi. Para pelajar akan mendapat bimbingan daripada mentornya secara
khusus. Ia juga bertujuan untuk membantu guru kaunseling menyelesaikan masalah
pelajar-pelajar kerana setiap guru akan berperanan sebagai mentor kepada
pelajar.Melalui aktiviti ini pelajar cuba menghilangkan masalah-masalah yang
dihadapi dan serta menghilangkan stres.
2.
Perkhemahan Unit Bimbingan Dan
Kaunseling
Perkhemahan ini telah
diadakan dengan kerjasama Unit Pembangunan Sahsiah yang disasarkan kepada murid
yang dikenal pasti bermasalah. Ia adalah
bertujuan untuk memupuk semangat jati diri dan memberikan kesedaran kepada
pelajar tentang perlunya disiplin sebagai perisai diri untuk kecemerlangan
hidup.
3.
Ceramah Anti Dadah
Ceramah ini diadakan dengan
kerjasama daripada Unit Khas Dadah Jabatan Pelajaran Sabah. Ia melibatkan
penyertaan seramai 120 pelajar tingkatan 2 dan ahli kelab anti dadah. Ceramah
ini diadakan di dewan sekolah selama dua hari. Objektif utama ceramah ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran diri dalam memahami serta menangani masalah
penyalahgunaan dadah, memupuk semangat dan tanggungjawab sebagai insan
sejahtera jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia juga bertujuan untuk
membimbing pelajar ke arah pembentukan masyarakat bersih daripada dadah dan
rokok. Selain itu, pelajar-pelajar
berpeluang untuk menyaksikan satu pemeran yang berkaitan dengan dadah
serta hukuman-hukuman yang akan dikenakan akibat penyalahgunaan dadah.
4.
Ceramah Keibubapaan
Ceramah ini dianjurkan oleh
Biro Tatanegara dengan kerjasama kelab bimbingan dan kaunseling SMK Tansau. Program
ini terbuka kepada 100 orang ibubapa yang berlangsung selama satu hari di dewan
sekolah. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran
berkenaan tanggungjawab ibubapa dalam
mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang cemerlang bersama-sama para pendidik
di sekolah. Selain itu, ceramah ini menekankan peranan yang perlu dimainkan
oleh ibubapa dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dewasa ini.
5. Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan .
Ceramah ini
dikhaskan kepada semua calon yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM yang terdiri daripada 200 orang
pelajar. Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada
calon peperiksaan berkenaan teknik-teknik untuk menjawab soalan dengan yakin
dan betul. Selain itu, turut ditekankan berkenaan pengurusan masa serta
persediaan-persedian yang perlu dilakukan oleh calon untuk menghadapi
peperiksaan sebenar.
6. Derma
Darah
Aktiviti ini
belum lagi dilaksanakan dan akan dilaksanakan sebagai aktiviti amal.Melalui
program ini akan melahirkan pelajar yang berkeyakinan pada diri .
b) Peranan guru
biasa dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Peranan guru
biasa dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut:-
1.
Menolong pelajar
membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan
mental dan akhlak.
2.
Menolong pelajar
dalam pelajaran mereka, misalnya memperkenalkan matlamat-matlamat pelajaran,
cara-cara belajar, situasi persekitaran, peraturan-peraturan sekolah dan
menekankan kepentingan mata pelajaran.
3.
Menolong pelajar
menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan
masing-masing.
4.
Memberi kesedaran
kepada pelajar diperingkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran.
5.
Menolong pelajar
dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran
6.
Menolong pelajar membuat keputusan
yang rasional
7.
Menolong pelajar membentuk tabiat
kerja yang baik, menghargai kerja dan membina sifat-sifat personaliti yang
sempurna.
8.
Berkerjasama
dengan ibubapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.
9. Bekerjasama
dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
10.
Merujuk kepada
guru Bimbingan dan Kaunseling tentang pelajar yang memerlukan pertolongan
profesional.
11.
Membantu mengenal
pasti pelajar yang berisiko untuk intervensi kaunseling
12.
Membantu
mengumpul data mengenai profil pelajar.
13.
Membantu memberi
maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah dan maklumat semasa.
14.
Membantu
melaksanakan program dan bimbingan pelajar seperti Pembimbing Rakan Sebaya,
Skim Lencana Anti Dadah, Kem Jaya Diri dan Motivasi.
15.
Membantu pelajar
bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.
16.
Mengisi kad 001 dan kad 002.
c) Tahap Penguasaan Kemahiran-Kemahiran
Guru Dalam Pengendalian Aktiviti Bimbingan.
Guru kaunseling dan
bimbingan di sekolah ini mempunyai Ijazah dan sarjana dalam bidang Kaunseling.
Setiap kemahiran yang dimiliki diperolehi sewaktu pengajian mereka di pengajian
tinggi. Selain itu, mereka juga turut
menghadiri kursus serta seminar bimbingan dan kaunseling anjuran jabatan
dan juga Kementerian untuk meningkatkan kemahiran mereka. Antara kemahiran-kemahiran yang dikuasai dan digunakan
sewaktu mengandalikan bimbingan dan kaunseling adalah kemahiran interpersonal
seperti :-
a) Kemahiran Membina
hubungan
Proses kaunseling
merupakan perhubungan di antara kaunselor dengan kliennya yang meminta bantuan.
Untuk mencapai objektif yang berkesan, membina hubungan atau rapport merupakan
syarat yang penting. Perhubungan yang baik tidak boleh diwujudkan melalui
paksaan. Ia hanya dijalinkan dengan menggunakan teknik yang sesuai iaitu
kemahiran seseorang kaunselor digunakan untuk meyakinkan kliennya bahawa
kaunselor seorang yang ikhlas, sudi serta mampu membantu. Hubungan yang baik
hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling kerana ia akan menentukan
proses temubual kaunseling diteruskan
dengan mesra dan mengikut
langkah-langkah yang telah diaturkan. Di samping proses kaunseling
hubungan baik di antara kaunselor dengan kliennya hendaklah dikekalkan dengan kepercayaan
dan kehormatan yang diberikan oleh klien kepada kaunselornya.
b) Kemahiran Memberi
Perhatian.
Menurut guru
bimbingan dan kaunseling sekolah ini, mereka lebih memberi tumpuan kepada
komunikasi bukan lisan kerana banyak maklumat akan dapat dicungkil. Ia juga
dapat menyokong apa yang diucap dan dapat membuktikan bahawa komunikasi bukan
lisan mampu menggambarkan situasi dengan lebih tepat. Komunikasi bukan lisan
boleh dibahagikan kepada beberapa kompenan iaitu gaya badan, gerak isyarat, air
muka, kontak mata dan juga nada suara. Melalui pemerhatian daripada
kompenan-kompenan ini, maka kaunselor dapat mengetahui masalah yang dihadapi
oleh kliennya.
c. Kemahiran
Mendengar.
Di dalam situasi
kaunseling, masa digunakna untuk mendengar berlaku lebih banyak daripada
berucap dan respons terutama di dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu,
kejayaan mencapai objektif kaunseling itu, banyak bergantung kepada kemahiran
mendengar seseorang kaunselor. Dalam menggunakan kemahiran ini, kaunselor telah
mengembangkan perhatiannya dengan meningkatkan keupayaan mendengar semua kata
yang telah dikomunikasikan. Selain itu,
kaunselor juga menggunakan kemahiran mendengar dengan melibatkan lebih daripada
perkataan-perkataan yang dicurahkan.
d) Kemahiran Dorongan Minimum
Tujuan menggunakan dorongan
minimum dalam perhubungan kaunseling ialah menggalakan klien meneruskan
berucap. Melaluinya klien dapat memberitahu bahawa kaunselornya sedang
mendengar, Antara dorongan minimum yang sering diucapkan adalah seperti Jadi?,
‘Aha’, ‘Mm.., dan Oh. Selain itu, soalan menyoal dan gerak isyarat seperti
menganguk kepala atau menunjukan isyarat tangan juga digunakan sebagai dorongan
minimum yang berkesan.
e) Kemahiran
Meminta Penjelasan.
Kemahiran ini digunakan
untuk mendapatkan penjelasan agar maklumat yang kurang jelas dapat diperolehi
dengan tepat oleh kaunselor. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan
namun ia perlu dijalankan dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan kelancaran
dialog dalam perhubungan kaunseling. Sekiranya
kaunselor tidak menggunakan soalan-soalan yang tidak sesuai dalam mendapatkan
penjelasan kliennya, maka klien akan merasakan dirinya telah dikritik dan
enggan mengulang apa yang dikatakannya. Dengan ini komunikasi yang berlaku akan menimbulkan suasana dan
perasaan yang tidak senang dalam diri klien.
f)
Kemahiran
Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat Interpretasi.
Dalam mengendalikan
bimbingan dan kaunseling ini, pelbagai masalah dan karenah telah dilalui oleh
guru bimbiingan tersebut. Kebanyakan kliennya kurang bekerjasama dalam
berkongsi maklumat untuk mengatasi masalah yang dialami. Ini disebabkan
perasaan malu, takut dan sebagainya. Oleh yang demikian, kaunselor cuba
menyelesaikan masalah kliennya dengan memberi ruang untuk mengemaskan idea dan
membuat refleksi. Di dalam kemahiran kaunseling , adalah penting bagi kaunselor
membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara
komunikasi dua hala tetapi tidak dibenarkannya dalam waktu yang lama.
Kaunselor juga menggunakan kemahiran empati dengan menunjukkan kefahaman
perasaan klien yang menghadapi masalah demi mendorongnya untuk mendedahkan
perasaannya secara lebih mendalam.
g) Kemahiran Menyoal.
Menurut guru bimbingan dan
kaunseling sekolah ini, kemahiran menyoal ini digunakan apabila diperlukan
sahaja. Ini kerana terlalu banyak soalan yang dilontarkan kepada klien akan menimbulkan
kesan negatif seolah-olah memberi gambaran menyoal siasat seseorang yang
melakukan kesalahan. Dengan itu, kemahiran ini dilakukan hanya untuk
membangkitkan perasaan klien sahaja dengan mengemukakan soalan-soalan yang berbentuk
bercapah untuk menghasilkan perbincangan atau penerokaan.
RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat
dirumuskan disini ialah guru adalah segala-galanya.Ilmu dan kemahiran adalah
asas kepada seseorang guru.Bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan yang
penting dalam membantu, menasihat dan membimbing pelajar dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi samada masalah akademik, kerjaya, psikososial dan
sebagainya. Melalui aktivit-aktviti bimbingan dan kaunseling yang dilakukan
dapat memenuhi keperluan pelajar dalam memahami dan membentuk nilai, sikap dan
tingkah laku yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat. Selain
itu, pelajar dapat memahami kekuatan dan kelemahan agar mereka dapat
menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan
dengan berkesan.
Di dalam melaksanakan bimbingan dan kaunseling, guru
bimbingan yang dilantik atau kaunselor perlu melaksanakan aktivitinya dengan
mengikut prinsip-prinsip serta prosedur yang telah ditetapkan. Ia akan
menjadi berkesan sekiranya dirancang secara sistematik dan teratur.
Kemahiran-kemahiran seperti kemahiran interpersonal hendaklah sentiasa ditingkatkan
untuk mewujudkan suassana yang profesional diantara klien dan kaunselor.
Namun begitu, tanggungjawab dalam
melaksanakan bimbingan dan kaunseling ini bukan terletak di bahu guru bimbingan
sahaja kerana guru biasa juga perlu
memainkan peranan mereka dalam membantu guru bimbingan dengan memberi kerjasama
yang sebaiknya. Dengan wujudnya kerjasama daripada guru biasa serta dengan
kemahiran yang dimiliki oleh guru bimbingan akan dapat menyelesaikan masalah
pelajar dengan lebih berkesan dan berjaya. Dengan itu, suassana harmonis
dikalangan pelajar akan dapat diwujudkan.
BIBILIOGRAFI
1.
Modul 3/3, (2005). Ilmu
Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru: Kementerian Pelajaran Malaysia
2.
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu
Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Sekolah Rendah
Kompenan 1 & 2, Psikologi dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
3.
Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan
Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Bahagian II:
Kompetensi Khusus /Fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
4.
En. Maspi Bin Hj. Peran, Kaunselor SMK
Taun Gusi.
5.
Buku Laporan Kelab Bimbingan dan
Kaunseling SMK Taun Gusi Tahun 2005.
No comments:
Post a Comment